Text
MATEMATIKA MERENTASI TAMADUN
Matematik Merentasi Tamadun ditulis dalam perspektif yang berbeza sama sekali berbanding dengan teks matematik Barat. Pembaca yang budiman akan dapat mengesan kelainan tersebut apabila bacaan pertama sudah mula dilakukan. Buku ini menekankan keadilan sejarah, keluhuran sumber, dan ketepatan fakta yang tidak dipengaruhi oleh sentimen atau prejudis. Isi kandungannya diadun dalam bentuk yang sepadu untuk melihat matematik sebagai satu juzuk daripada keseluruhan ilmu yang mempunyai peranan dalam kehidupan manusia menerusi sejarah, falsafah, sistem nilai, epistemologi dan budaya yang menyilangi tamadun.
Buku sejarah matematik Barat sering meminggir peranan pemikiran yang berlaku dalam tamaciun bukan-Eropah. Hampir keseluruhan teorem atau pengasas cabang matematik yang dilaporkan dalam teks popular mereka, dihubungkan dengan tokoh Eropah. Adakah catatan tersebut didasar kepada keadilan ilmiah? Buku ini mengupas persoalan herotan fakta sejarah dalam kebanyakan teks yang dihasilkan di Barat. Bacalah dengan hati yang terbuka dan semoga huraian isi kandungan buku ini membuka ufuk pemikiran yang baru dalam cita-cita memurnikan sejarah dan falsafah matematik.
Selamat membaca!
Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail Jabatan Matematik Universiti Putra Malaaysia
P001313B | 510 MAT m | Perpustakaan SMA FG | Tersedia |
Tidak tersedia versi lain