Text
SUMBER HISTORIOGRAFI ALAM MELAYU
Sumber Historiografi Alam Melayu: Koleksi Peribadi John Bastin merupakan sebuah kajian terhadap koleksi peribadi yang dimiliki oleh John Bastin tentang Alam Melayu. Koleksi John Bastin yang diperolehi pada tahun 1995 adalah kumpulan buku tentang alam Melayu yang amat menarik dan bernilai tinggi yang tersimpan di Perpustakaan Negara Malaysia. Koleksi ini mengandungi 3,071 judul yang menjadi sumber sejarah dan historiografi yang komprehensif dan amat penting sebagai satu kesatuan dalam membantu kita memahami sejarah dan tamadun Alam Melayu dan juga historiografi kajian Alam Melayu di seluruh dunia.
Koleksi John Bastin mengandungi tiga subjek utama iaitu Sejarah Purba dan Arkeologi, Sejarah Melaka dan Orang Melayu dan Tamadun Melayu. Ketiga-tiga subjek ini menjadi perhatian dalam penelitian alam Melayu di seluruh dunia, terutama di Barat (dalam Malay Studies). Semua bahan ini dianalisis berdasarkan format bahan (sama ada monograf, kertas kerja, tesis, makalah, buku), asal usul bahan, tempat dan tarikh penerbitan, bahasa, pengarang dan tema yang dibahaskan. Antara karya pengarang yang tersimpan ialah oleh William Milne, François Valentijn, Paul Wheatly, R. O. Winstedt, C. O. Blagden, Mubin Sheppard, Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba), Amin Sweeney, William R. Roff dan Syed Hussein Alatas. Bahan terawal koleksi ini bertarikh 1726 dan dikumpul sehingga bertarikh 1993, iaitu merangkumi tempoh 267 tahun kajian Alam Melayu.
| P011357B | 599.98992 TAT s | Perpustakaan SMA FG | Tersedia |
Tidak tersedia versi lain