Text
BIOGRAFI AGUNG SYEIKH AHMAD AL-KHATIB AL-MINANKABAWI
Dalam buku ini, nama Syeikh Ahmad al-Khatib diabadikan untuk mengenang perjuanganya yang agung dalam pendidikan dan perjuangan umat. Beliau menjadi syeÃkh al-masyayikh (guru par guru) kepada ulama Alam Melayu. Beliau bertugas sebagai imam dan khatib Masjidil Haram yang melambangkan ketinggian ilmunya. Tulisannya yang meliputi pelbagai bidang lmu masih segir untuk dikaji dan dihayati. Beliau diiktiraf sebagai ulama dunia Islam. Bellau disenaraikan sebagal ulama Makkah yang berwibawa dalam mazhab Imam al-Syafii dalam al-A lam al-Makkiyyah yakni senarai ulama besar Makkah. Beliau menguasai pelbagai ilmu warisan dan ilmu moden termasuk matematik, falak, ekonomi dan kemasyarakatan. Al-Khatib diminta fatwa yang rumit termasuk masalah perbankan yang menggunakan bon atau cek yang diakui bank. Beliau ditanya tentang persoalan pemilikan harta yang ditinggalkan tuannya dalam masa yang lama. Beliau dirujuk untuk menentukan nasab anak zina. Beliau ditanya tentang hukum zakat bijiran yang tidak disenaraikan dalam kitab fiqh muktabar. Beliau mengeluarkan fatwa tentang amalan kesufian dan khurafat yang berlaku di Alam Melayu. Beliau ditanya tentang masalah kiblat dan falak. Sesungguhnya, beliau menjadi rujukan wibawa umat keseluruhannya. Ulama Mesir, Makkah, India dan rantau Islam yang lain menjadikannya sebagai pakar nujuk masalah umat Islam yang rumit. Sesungguhnya, Syeikh Ahmad al-Khatib ialah tokoh dunia Islam keseluruhannya. Biografi agung ini ditulis sempena genap 100 tahun pemergian al-Khatib meninggalkan dunia fana menuju alam abadi. Beliau lahir pada tahun 1860 dan meninggal pada tahun 1916. Dalam jangka masa hayatnya, beliau menghasilkan puluhan kitab dan risalah yang menjadi obor umat sepanjang zaman. Kitabnya masih dipelajari dan dikaji dalam pelbagai wadah ilmu. Beliau mengeluarkan fatwa, menjadi guru, penasihat dan pendamai umat. Kesepaduan ilmu aqli dan naqli dalam tulisannya menjadi simbol ilmuwan Islam zaman keagungan yang dijelmakan oleh ilmuwan Melayu kurun ke-19. Pengaruh pemikirannya melebar ke seluruh dunia Islam khususnya ke seluruh pelusuk kepulauan Malayonesia yang dikembangkan oleh pelajarnya yang bertaburan ibarat kerdipan bintang yang menjadi panduan pengembaraan umat.
P000256B | 297.092 MAT b | Perpustakaan SMA FG | Tersedia |
Tidak tersedia versi lain